Semenjak kami bertekad untuk meng untelevisionized (itu vocab balun saja,sapa2 yg terer inglish jangan marah okey) rumah kami, dah jarang sangat saya menonton TV. Tapi sejak ayah sakit ni, petang2 bila ayah saya berehat, saya pun saja la on TV konon nak buat anak diam tengok TV tapi sebenarnya anak-anak saya langsung tak jakun tengok TV, sebaliknya saya pulak yang tengok tv tu.
Balqis, kau berusaha mencari cinta sejati hakikatnya ia di depan matamu saja
Antara cerita yang setakat ni saya layan ialah Cinta Balqis(cerita ni extreme berat dan sedihhhh leleh sungguhh). Saya tengok pun masa dah separuh jalan, takde banyak beza pun dengan drama tempatan lain. Tema drama ni ialah cinta cuma cara dia potraykan cinta tu berbeza skittt je la…Okey ini sinopsisnya
Cinta Balqis dibintangi oleh Eira Syazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani / Emran), Fezrul Khan (Hasan), Memey Suhaiza (Marisa), Mak Engku (Mak Bilah), Hamidah Wahab (Habshah) dan Ainul Aishah (Siti).
Tidak ketinggalan, Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom) dan Megat Shahrizal sebagai Mukhriz.
Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.
Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.
Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.
Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.
Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.
Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.
Episod sekarang ni pulak, Balqis dengan Hassan sepatutnya bernikah sebab diorg tak tahu yang sebenarnya ezani ni hidup lagi, cuma dia hilang ingatan dan telah kahwin dengan marissa (si memey suhaiza) tapi tup tup ezani ni dapat balik memori lama, dia jumpa semula balqis dan bagitahu semuanya.So balqis sedih sangat la sebab:
- Suami dia dah kahwin dengan orang lain, dan guna nama Emran
- Balqis sendiri bakal kahwin dengan Hassan
Konflik berlaku pulak bila si marissa dapat tahu yang kononnya Emran/ezani ni ada affair dengan balqis, padahal si marissa tak tahu pun yang sebenarnya balqis tu isteri sah emran/ezani dan dah beranak pun sorang anak lelaki namanya irfan..

si balqis pulak dek kerana cinta amat kat ezani, dia dah bagitau kat hassan yang ezani masih hiudp,so dia tak boleh kawin dengan hassan..aduh kesian sunguh si hassan.entah lah ada lagi ke idak lelaki macam hassan.dia kata dia akan happy bila balqis dan ezani kembali bahagia semula..adui sedih tengok muka si hassan dalam cerita ni…
OST drama ni boleh tahan le jugak, tang chorus tu a bit catchy, sang by the leading role of this drama, eira syazira herself.
Kekaburan alam tika ini terasa , satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaikuAdakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti , tak ku temuiTuhanku titiskanlah rahmat yang teragung ,menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku ,kan ku tungguPencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pastiTuhanku titiskanlah rahmat yang teragung ,menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi , menanti pelukanmu
Lagu ni umpamanya si balqis nyanyi kat suami diala(ezani/emran) sebab tu boleh pelukanmu bagai tu…kalu yang belum kawin jangan la mimpi berangan dengan lagu ni buat tambah saham neraka aka dosa je nauzubillah
okey lah itu je la, kalu nak tengok lagi klimaksnya petang ni jam 6.30 petang…macam mana agaknya ezani nak selesaikan konflik antara dua isteri dan dengan siapakah akhirnya cinta balqis bertemu, hari ni episod akhir cinta balqis di tv3..
Hipothesis saya : Hassan mungkin mati dalam pergaduhan dengan seorang samseng namanya ray, dalam usaha menyelamatkan balqis dari kena culik dengan ray..sedihnya…hassan tu dah la baik hensem pulak tu…..huhuhu
cewahhhh…tak seswai sungguh lah saya dengan entry camni!




hahahaha. apa la akak ni, apa plak x sesuwei n3 mcm ni. sekali sekala…berubah angin. fara kdg2 je dpt layan citer ni
[Reply]
hohoho arini episod akhir ek?? harus balik keja awal nie klu tak melepas…huhu
[Reply]
tak sure la..iye la kut…kalu tak pun isnin depan..dah sampai hujung angat dah ni..hehehe
rina pun folo CB ye
btw haritu tak pegi KKHL sebab kami sefamily tetidur siang kepenatan
[Reply]
fara, akak pun layan baru2 ni je pastu tgk best la pulak, pastu ost dia pun bole tahan jugak sebab tu tangkap lekat tu..hehehe
[Reply]
tak ikut sgt lah bila2 tertgk tu tgklah sbbnye that time kan cooking time…
diorg patut siarkan Cerita2 best camtu lps berita 8pm tu so org2 yg bekerja cam i nie leh arr follow…
ooo tak pegi KKHL ye takpe nnti ada masa saya pegi
[Reply]
hahaha…sy pun layan cite ni..best n sedey..tp tak best nye, bile part2 sedey tu, hubby mesti nak duk depn muka kononnye nak tgk sy nangis..tensen je..nak feeling sket pun tak bley..hahaha…
tp mmg sedey laa..ade lg ke llaki mcm hasan tu?balqis pun satu hal, tak nampak ke hasan tu depan mata..huhu…tp kecian jugak kat marissa tuh..tak pasal2 jd mangsa kdaan..huhu…panjang pulak…
arini last episod ke?wah…kene balik awal nih..heheh…:p
[Reply]
hehehehe…suka ngan komen sabihah..saya pun layan gak CB ni..tu la pasal..hubby selalu gelakkan saya sebab mak ni kan ratu air mata..muakakakaka..asyik nangis je..hubby selalu kata..ha nangis le tu…nanti anak dalam perut pun sedey ajer…hehehehe..almaklumlah..tgh preggy…tersentuh hati tgk citer ni..lepas abis citer terus cover balik…:)
[Reply]
hehehe.. saya pun layan gak citer tu..
[Reply]
tu laa pasal liza…sabo ajelaa..tp my hubby ni pun melayan cite melayu ni..cuma die tak tgk cinta balqis..die tgk si capik..tah pape laa cite..bosan..beratus2 episod…takde org lain..org same je..wahahaha…skali kutuk plak…takpe laa…sorry ye…hahah
[Reply]
i tgok sb adik i ms dtg rmh dulu tgok..if tidak mana dan nak tgok…tpi lagu cite ni vokal hampes aaaa..tak sdp,….huhu
[Reply]
rina i setuju sangat la bab waktu siaran tu
napa siarkan waktu dekat maghrib kan
orang siar la lepas orang dah selesa tunai solat Maghrib Isyak
rina i ada gossip pasal isu yg kita pernah diskas haritu tau nanti i ym u okeh
hehehehe
[Reply]
Sabihah i pun jadi benci lak kat balqis tu…siannya kat hassan.marissa tu mmg mangsa keadaan tapi sbb dalam reality dia suka cari paal so mmg nyampah dgn watak dia
huhuhuh
[Reply]
Liza welcome to my blog..
kita pempuan ni mmg mudah leleh bila tgk citer sedih ni
bila da kawin ni tahan jugak bila nak nagis tu sbb tanak teman hidupku tengok ku nangis
hehehe
[Reply]
zu layan gak ye
now zu tgh cuti ke?
take care ye zu
[Reply]
fes taim i tengok sabihah marah nih
hehehe
btw sabihah i sukegak si capik tu
even tajuk nya sangat lah outdated
si capik tu even capik tapi cukup pakej…nampak cam tak de cacat celanya
hehehe
aih apasal citer si capik pulak ni
[Reply]
qay pun tgk gak ye citer ni
ye vokalnya mmg ala2 sengau tebal gitew tapi sbb lagunya catchy tang chorus i layannnn je lahhh
hehehehehehehe
si ensem pe kabar?
[Reply]
dah lamaaaaaaaaaaa sangat saya tak tengok tv petang2 sebab anak saya dah conquer..
emosi sungguh tengoknya…
tapi, bila tertengok episod ni sekali, terus melekat..
harapnya, isnin nanti bila dah habis, itulah yang terakhir melekat depan tv petang2..
.-= sya´s last blog ..Breastfeeding Talk Kumpulan Sokongan Susu Ibu Ratuhati.com (+ babywearing) =-.
[Reply]
lmbatnye esok…tak sabar nak tgk last episode…nak tau ape kesudahannye..tapi kalo ending die cm hampeh..akan ku lancarkan perang menentang cik ‘abg’ ku…hahaha…mesti die ejek2…
abg: elleh, gitu je abih nye…wahahaha
me:
benci tau….(smbil bcakap2 dlm kepala, ‘menyesal gaduh bab crita2 melayu ni..huhuhu’)
[Reply]