Beberapa minggu lepas, saya temankan adik saya yang baru melahirkan anak sulungnya ke sebuah klinik kerajaan di daerah berhampiran
Waktu itu anak saudara saya genap berusia satu bulan dan adik saya membawa ke klinik untuk pemeriksaan rutin(timbang berat badan, vaksinasi jika perlu dan sebagainya)Semasa saya tiba ada lebih kurang 50++ parents sedang menunngu giliran pemeriksaan.
Saya pernah ke klinik kerajaan sebelum ini, oleh itu saya dah tahu apa procedure lazim mereka di sana.
Ibu-ibu yang akan menimbang sendiri bayi dan kemudian memberitahu kepada nurse untuk direkodkan. So saya bantu lah adik saya untuk timbang anak dia, bila saya cari weighing machine, tak nampak pulak kelibatnya. So saya tanya nurse :
Saya : Mana mesin timbang nya?
Nurse : *sambil senyum arnab* tak payah timbang.Mesin timbang dah rosak
Saya : *kerut dahi* oh ok
Saya berlalu dengan 8888 pertanyaan dalam kepala, sambil teruskan dengan rutin ukur panjang dan lilitan kepala dan dada atirah.
Tak lama kemudian nama adik saya dipanggil.Saya pun dengan tak dijemput turut menyibukkan diri duduk di samping adik saya
Nurse : dah berapa umur baby
Adik saya : hari ni genap 30 hari
Nurse : Berapa ukuran panjang semua
Adik saya : bla bla bla
Saya : eskusmi nurse, napa mesin ni rosak?baru hari ni ke rosaknya?macam tak seswai la mesin timbang baby rosak di klinik bayi dan kanak-kanak
Nurse : dah 2 minggu rosak, dah minta yang baru tapi tak sampai-sampai juga lagi
Saya : Habistu macam mana nak monitor tumbesaran baby?Takkan nak main agak-agak je kan?
Nurse : Kena pergi klinik swasta la
Saya : ye kalau yang mampu, kalau yang tak mampu macam orang pedalaman dan orang asli yang ramai-ramai ni macam mana
Nurse : Itu lah kesiannya, tapi bukan takat tu je sebenarnya, vaccine imunisasi pun dah 2 minggu habis dan stok baru tak sampai-sampai lagi.Klinik-klinik berdekatan pun sama.
Saya : Innalillah..so yang datang semua ni nak cucuk anak macam mana?
Nurse : Tak boleh buat apa lah, kami suruh balik je lah..
Aduiiii kesiannyaaaa
Bila saya tiba di rumah mak saya selepas pulang dari klinik, saya sembang dengan mak sayatentang isu itu. Buat pengetahuan mak saya adalah jururawat senior(lebih 30 tahun)berpangkat Sister di sebuah institusi kesihatan.Tapi mak saya dah bersara sejak ayah saya accident
Saya : Mak tadi masa sembang dengan nurse kat klinik tu kan, dia bagitahu vaksin semua dah habis, dah 2 minggu stok tak sampai
Mak saya : Ya ALLAH, biar benar… seumur mak kerja dengan kementerian kesihatan ni, tak pernah pun vaksin habis.Kesian orang susah, mana mereka nak cari duit nak bawa anak pergi vaksinasi?
Perbualan tak terhenti di situ tetapi itu antara butir paling penting dalam enrty ini
Semalam, adik saya call dari Tumpat, kelantan
Adik saya ; Kakyong, baby ni dah 2 bulan, patut kena cucuk kan, tapi kat sini vaccine habis…kena pergi private.Next week kakngah balik kakyong tolong bawa pergi SDMC ye
Itu point terpenting dalam perbualan kami semalam
Point penting yang saya nak ajak semua pembaca fikirkan
Sebelum ini tak pernah jadi kes klinik kerajaan kehabisan vaksin, tetapi sekarang ini bukan setakat di Lembah Klang, tetapi di kawasan luar bandar di mana majority penduduk adalah merupakan golongan MISKIN dan MISKIN TEGAR juga mengalami masalah ini. Agaknya apa yang terjadi sehingga kerajaan tak mampu lewat untuk bekalkan vaksin seperti biasa ke seluruh jabatan kesihatan di bawah kementerian kesihatan Malaysia?
Kerajaan tak cukup duit?sampai begitu teruk sekali?sebelum ni tak pernah jadi macam ni, adakah ini menggambarkan keadaan ekonomi Malaysia hari ini lebih tenat daripada kegawatan ekonomi buruk pada tahun 1980-an dulu?
Kenapa masalah ini langsung tidak pernah terdengar/terhidu/terlihat/terpandang oleh kita di TV atau di internet atau di akhbar utama?
Kita kan dah senak disogok berita berikut :
- masjid kena kepala b4b! (rasanya orang kafir takda masa nak pi buat camni, dulu kat UM pun pernah jadi, kepala b4b1 dalam surau kat APIUM rupa-rupanya yang bikinnya ialah budak m3l4*u. now timbul balik perangai camni, nampak modus operandi sama, macam boleh teka la sapa dalangnya ni)
- tempat ibadat kafir kena bakar (ini bukan kerja orang Islam, sebab nabi pernah pesan jangan ganggu tempat ibadat agama lain, kalau orang Islam mesti dia pegang pada kata nabi.kalau yang buat ni Islam, ada la mastermind yang bagi skrip to bikin like that)
- masalah politik dalam parti pembangkang (yang mana adalah perkara lazim dalam mana-mana parti politik, takda isu pun sebenarnya dan kami malas nak tahu pasal orang bergaduh, yang kami nak tahu kenapa semuanya naik naik naik tapi gaji takmo naik)
- isu kononnya Dr Pornthip Rojanasunand menghina mahkamah kerana bocorkan hasil autopsi kes mendiang Beng Hock (apa ntah relevance nya isu ni dengan pembangunan masyarakat 1 Malaysia)
- Perbicaraan tiba-tiba kes DSAI kononnya melakukan perbuatan kaum sodom.sebelum ni senyaapppp je takde bunyi langsung, tiba-tiba naik balik, memang betul la sebab perbicaraan dah nak mula, tapi kenapa timing nak mula tu cantikkk je, tally dengan isu-isu kat atas tadi?
dan banyak lagi isu cap ayam yang tak perlu pun nak dibincangkan tapi bagai nak rak dibesar-besarkan oleh media especially TV tres , sampai rakyat dah lupa langsung tentang isu-isu yang lebih dekat dengan kehidupan seharian mereka seperti :
- Pelbagai elaun kakitangan kerajaan yang bakal dipotong atau dikurangkan, sehingga perbelanjaan travel pun dah tak boleh nak claim.Gaji kerja lebih masa (overtime) yang tidak dibayar dan banyak lagi perkara tak seronok yang menimpa nasib pekerja kerajaan(ramai yang kata khabar angin, tapi hakikatnya anda kena tanya staff gome sendiri, diorg lebih tahu)
- Harga gula yang meningkat, diikuti peningkatan semua makanan dan perkhidmatan.Harga roti gardenia naik 20sen selaras dengan kenaikan harga gula,macam la nak bikin roti sebungkus tu pakai sekilogram gula??Yang ni kenapa takde siapa bela nasib kita??
- Kehabisan Vaccine di kebanyakan klinik kerajaan(tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, sehinggalah hari ini)ramai kita tak tahu kerana kebanyakan kita ni rang yang kaya dan mampu, so rawatan diperolehi dari klinik.hospital private, so cerita vaccine habis ni takkan samapi ke pengetahuan kita, ini pun kebetulan saya pergi ke klinik dan tengok sendiri musibah ni berlaku.
- Kredit kad yang bakal diwajibkan ke atas seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas, pengumuman ni dibuat dalam belanjawan 2010(tolong betulkan fakta ni kalau silap mana2) – yang ni nak jadi macam US, sebab utama ialah nak jaga kepentingan institusi kewangan supaya pelabur tak lari, tapi di US, punca utama golongan muda mereka jatuh bankrupt ialah kerana hutang kredit kad yang tak di urus dengan efficient, lantaran mereka memiliki kredit kad pada usia muda(iaitu masa masih di uni lagi
- Kadar baru subsidi minyak dan beras selepas rombakan, yang bakal diumum beberapa bulan dari sekarang(what should we expect, would it be as same as what we wish to be?what say you?)
Rakyat Malaysia hari ini umpama hidup dalam satu dunia yang telah di scriptkan scenarionya, namun hari demi hari script makin pincang, drama yang di reka pihak tertentu dah makin tak logik, dan kebenaran makin nampak. Ada yang terluoa, rupa-rupanya script dari ALLAH Yang Maha Esa adalah script yang menentukan perjalanan alam semesta ini, so siapalah kita yang sekerdil kuman ini untuk ubah skrip DIA dengan pelbagai kesamaran dan selindung
Tapi, kata-kata dan penulisan kita hanya setakat ini je lah kan, sapa lah kita nak ubah keadaan, kita takde kuasa, yang berkuasa boleh buat apa saja, sekarang bloggers pun dah dipantau, kalau silap sikit masuk ISA…so macam mana nak sama-sama tangani masalah yang berlaku, kita bukan nak burukkan sesiapa, tapi dengan mengetahui perkara sebenar, mungkin dapat menggerakkan rakyat untuk bersatu dan berusaha semaksimum mungkin dalam menghadapi krisis ekonomi yang bakal menjerut nafas rakyat terutama golongan kebanyakan seperti : kita
Ya ALLAH, lindungilah kami sekeluarga dari kejahatan makhlukMU yang zalim dan dari kejahatan musuh Islam dan dari kezaliman/kejahatan manusia dan dari kejahatan fitnah dunia akhir zaman, selamatkanlah kami dari kesengsaraan ini yaALLAH, sesungghnya ENGKAU lah satu-satunya tuhan, tiada tuhan selain ENGKAU wahai ALLAH


![hGZKi[1]](http://ibukauthar.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/hGZKi1.png)
![luv baby Fas[1]](http://ibukauthar.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/luv-baby-Fas1.jpg)
![securedownload[1]](http://ibukauthar.com/blog/wp-content/uploads/2010/03/securedownload1.jpg)

kerajaan msia makin miskin ke? penimbang tak ganti & vaccine leh habis stock…ke kerajaan msia sibuk hal2 lain yg “membangunkan” negara?
.-= Mama-Miya´s last blog ..Importance of Breastfeeding to the Mother (Part 2) =-.
[Reply]
Ija, penimbang tu takpe lagi kan
tapi vaccine takde tu mmg parah sungguh lah
bayangkan oin 30 years tak eprnah jadi camni tiba2 sekarang jadi pulak(vaccine habis)
apa nasib orang2 miskin?
[Reply]
mmg penulisan yg berisiko tinggi. tp kalau bukan kte rakyat yg sebut mende2 camni, sape lg. sy mmg kesian kalau mende2 yg melibatkan rakyat, terutama pd rakyat2 yg miskin. yg xde duit. hal2 yg pasal beras gula seme tu. yg melibatkan baby. vaksin habis. hadooiiii la. tepuk dahi la camni
.-= nOj´s last blog ..pengalaman saya naik court kerana tidak membayar PTPTN (episod yg korang tunggu tunggu) – wajib baca tuk semua peminjam PTPTN =-.
[Reply]
memang berisiko
sekarang kita tak boleh sebut apa2
kena telan je semua yang depa buat kat rakyatwalhal penulisan begini bukan nak kutuk mereka pun
tapi nak dedahkan hakikat kepada sapa yg belum tahu
kalau tak sampai bila pun rakyat pikir negara tengah senang
kalau rakyat dah tahu negara tengah susah, insya ALLAH sama2 boleh usaha lebih kuat untuk hadapai krisis ekonomi
vaksin habis tu mmg melampau
enuff said
[Reply]
Assalamualaikum IbuKauthar. Sungguh menarik tulisan IbuKauthar sampai kakchik membacanya dari a sampai ke z. Terima kasih kerana telah menulis sesuatu yang amat dekat di hati ini. Kakchik tak pandai nak susun ayat dan tulis benda-benda begini. Alhamdulillah IbuKauthar telah menulisnya secara santai tapi bernas sekali. Walaupun kita bloggers ni dipantau, kita hari Allah yang sentiasa memantau segala isi alam ini akan sentiasa melindungi kita yang cintakan kebenaran, keadilan dan keamanan di negara ini.
Salam perkenalan dari KB.
.-= KakChik´s last blog ..Siang dia tidur malam berjaga =-.
[Reply]
Tatau lah kan. Apa jer yang berkaitan service kerajaan, selow tahap dewa dewi. Tapi apa je yang berkaitan kenaikkan yang dibuat kerajaan laju je cam speed boat. I know that every goverment dalam dunia nih mesti ada glitches here and there, tapi yang sengsara rakyatlah kan.
[Reply]
mmg sgt truk..kitrg sgt tdesak tau…nk bg the best treatment fot pt tp, itu tkdak ini tkdak..itu kn cut.ini kn cut..
[Reply]
salwa…kita x de kuasa sal…hanya mampu berdoa jerk..
tgklaa nanti, bila kes DSAI hangat nanti..tup2 minyak naik..hahaha..
taktik kotor lapuk..cari idea lainlaa plak kan?org kg bleylaa depa nk tipu..
.-= Nur´s last blog ..Kemangkatan Sultan Johor… =-.
[Reply]
psl vaccine abis tu, time yana baby pun da terjadi..bkn isu baru. nasib baik company i support cost vaccine utk anak2 ..so selamat da kt situ. tp org yg x de kemudahan camno?
skrg ni kan kecoh psl bebudak sekolah asrama wajib balik setiap minggu sbb kerajaan da x tanggung kos mkn masa weekend. bila org marah, barulaa direvise kepada 2 minggu sekali. kalu umah dkt dgn sekolah bolehlaa blk sokmo..yg jauh?ada parents komplen, setiap minggu kena spend around rm150 (kos minyak + tol) nk amik anak..penat lagi..depa lg rela bg duit mkn drpd ulang alik setiap minggu.
khabarnya sukan mssm pun kerajaan da x subsidize..
kesiannya anak2 kita..
semua sandiwara dimainkan utk rakyat lupa psl isu yg penting..
.-= Nur´s last blog ..Kemangkatan Sultan Johor… =-.
[Reply]
oh me to salwa..bkn x mampu nk g private tp kt sini mmg xde private yg ble dipercayai sume klinik kecik2 bkn pakar kanak2 pun..tkt nk bwk..tp kesian gak dgn gol2 yg krg mampu kan..mizahpun terkena pg td..hari ni mmg ade appoinment cucuk anak seth..semlm dh call..doc kt ok..mizah call tnye psl anak ade selesema tp sok injection so ble ke bwk..doc kt ok..so kite pun ok hubby pun dh amik cuti..mizah amik time slip je tkt alisha demam nnt mizah lak cuti…cuti x byk mcm2 nk wat nnt mane tau kan so smpn dl cuti..sekali dh siap2 nurse call kt x ble cucuk hari ni..alasan x ckp korum baby..kene hari khamis….tak puas hati gi gak..abistu dh buang ms kite je..bkn nk inform a day before alasannyer org yg incharge tu terlepas pandang..dgn org2 kg depa mmg buat jer mcm tu…tibe kt klinik mmg mizah tnye nape xble cucuk rupe2nyer kt pekeliling br dasar penjimatan..sekali preparation tu utk 10 org..so nnt membazir..bkn xble berjimat tp inform ler awl2 spy kite x waste time..nk x nk td depa cucuk gak coz depa yg silap..ade 2,3 org lg td balik jer….sian kan
[Reply]
sy azura pun alami perkara yg sama utk mendapatkan vaksin anak pada usia 6 bln. Pada ibu2 yg alami masalah sama, marilah kita sama2 isi borang aduan ni dgn harapan kerajaan dpt ambil tindakan..
http://www.moh.gov.my/eaduan/formAduan.jsp
[Reply]
Sedih sgt pasal vaksin nie,,,kesian kat rakyat yg memerlukannya,itu satu hal,satu hal lagi,time gie cek pregnant,mau sehari duk kat hospital je wat check,,abis masa cenggitu je,padahal ceknya sekejap je,kita yg jadik mangsa ,sampaikan x jadik nak wat keja,sedangkan kita perlukan $$$ untuk sesuap nasi,,,
.-= Natrah´s last blog ..Mohd Afzan & Siti Aisyah =-.
[Reply]
ermm…adik sy pun pernah berhadapan dgn situasi nie…nak cucuk utk anak nyer umo 6 bulan. vaksin abis katanya…yg ader vaksin dos yg lama….so abang sy terus call hospital daerah dan bgtau pasal nie. marah ler org hospital ngan nurse2 kat klinik daerah saya tuh. terpaksa g cucuk my anak sedara kt hospital yg jarak nyer dekat 50km..ingatkan kt klinik kg sy jer camtu….kat tempat lain pun sama gak ker….isk..teruk2…
[Reply]
Betul tu sis.. terkejut juga bila roti gardenia naik 20 sen.. gula naik 20 sen juga.. dah 40 sen kita belanja atleast dalam sebulan..klau 4 kali beli roti + gula, dah rm1 penambahan yang kita belanja untuk 2 benda ni aje. setahun rm12. Belum campur kenaikan barang barang lain macam lampin pakai buang..susu.. sabun mandi ..ubat gigi..pencuci muka..kicap ..bihun..dll yang kita tak perasan naik 10 sen 2 dalam setahun..mengikut pemerhatian saya.. jumlah penambahan harga barang naik dalam kadar 10% – 20% setahun..tapi takde sape yang nak perasan sangat benda benda kecik ni..yang orang perasan minyak, gula, tepung dan beras.. macam mana nak buat ni??
[Reply]
Waalaikumussalam, Kak Chik, terima kasih atas komen yang begitu menyentuh hati ini, saya sendiri terharu membacanya. Saya ni sebenarnya Kak Chik, orang yang tak pandai menulis langsung. Sekolah dulu terpaksa masuk kelas pemulihan BM sebab saya tak pandai mengarang. Sebab itu untuk blogging ni rasa payah sikit sebab kemahiran menulis tu saya takde.tiba2 baca komen kak chik ni, buat saya bersemangat dan berkeyakinan untuk terus menulis dan memperbaiki penulisan saya.saya suka blog kak chik yg kelatemaghi, menaikkan image Muslimah di mata dunia!teruskan usaha kak chik,saya suka sungguh blog itu.Jazakillah khairan kathira
[Reply]
shaza : glitches is natural, mmg akan ada, tapi zalim tu yang tak natural dan tak normal, tak patut ada dan patut di banteras.
kalau glitches, insyaALLAH rakyat boleh terima, tpi kalau zalim..rakyat mmg akan sengsara
very well said dear
[Reply]
Qay : thanks dear! komen yang sangat dinanti2 dari golongan pekerja sektor awam.membuktikan memang benar somthing is wrong with ‘us’ now. kesian pesakit yg kurang mampu, kalau dah ubat2an dan vaksin pun tak dapat dibekalkan , apa nasib kita?
[Reply]
Nur : agree! tak lama lagi tiba2 je harga petrol dan beras naik.tapi ramai tak sempat nak ulas apa2 sebab sibuk ulas isu sodomy itu
[Reply]
Nur : saya baru tau hal budak asrama kena balik setiap minggu.kalau camtu caranya dah lari la konsep sekolah berasrama.kesian rakyat, kita yang terpaksa menanggung ‘kos’ sara hidup dalam negara
sedangkan ada segelintir yang bermewah2 dan berbangga dengan LV 40k di saat rakyat sedang menderita
[Reply]
Mizah : TQ Mizah sebab sudi share! see mommies, ini real life, mmg terjadi.nasib baik most of us mampu nak support private clinic, tapi kita kena juga consoder nasib orang2 yg tak mampu.macam Mizah ceritakan, dia nampak ada beberapa patient yg balik gitu je … kesian nasib kita..
[Reply]
Azura : TQ very much, insyaALLAH saya akan buat satu entry khusu untuk menyebarkan maklumat ini dan mengajak ramai ibu2 yang mengalami nasib sma untuk isi borang ini. harapnya jangan borang tu ‘tersadai’ dalam database sudah le, moga2 disusuli dengan tidakan dari pihak berwajib.
[Reply]
Kak Ida : Tq sebab sudi singgah blog wa..mmg tepat apa yg kak ida katakan.mcm yg kita pernah diskas dulu, nasib rakyat akan makin teruk selepas ******…hehehehe
[Reply]
ibu_aina : 50km? masya ALLAH jauhnya…kesian sungguh..ye kak memang hampir seluruh negara menerima nasib ini tapi yang hairannya takde pulak masuk berita ye..
[Reply]
Precisely dear!roti gardenia tak patut naik harga 20sen
sepatutnya kerajaan jangan izinkan, manakala pengguna boleh protest
sayangnya takde camtu
semua senyap dan seolah2 redha dengan kenaikan kurang waras ini..
[Reply]
sal, vaksin dah ade dah ha kat klinik..boleh la g cocok sapa nak cocok..hihihi..
u know, my bro kat korea tu kata, bdk2 jpa kn ptg elaun sewa rmh…jpa just byr sikit..lain diorg kn cover..sian tul…kalo sapa tak keje partime ms cuti mmg takde duit la..
[Reply]
Assalamualaikum Salwa.
Tak sangka pula komen kakchik tu boleh buat Salwa terharu. Maknanya penulisan Salwa dah bagus tu.
Terima kasih sebab sukakan blog KakChik’s Wardrobe tu. Itu umpama blog dakwah melalui dunia fesyen. Nak kongsi ilmu agama kakchik bukan ahlinya, belajar pun aliran sekular tapi berkongsi minat dan kefahaman je yang kakchik mampu.
Terima kasih ya Salwa.
.-= KakChik´s last blog ..Read With Your Child =-.
[Reply]
emm…ana ida time 3bln aritu pun vaksin habis.da anak 4buln stil xde vaksin tu, so ida g tumpang klinik lain cucuk baby..
skang, anak 5bln belum cucuk lagi…deorg suruh dtg time 6bln.masalah nya, ada 2 masalah, iaitu takut time 6bln still xde vaksin.masalah ke2, kalau ade vaksin utk 5bln, bole ke cucuk juga utk vaksin 6bln…xterlebih dos ke..tanya nurse kat situ, deorg kate bole..tp doctor kat klinik kesihatan kan bukannye ade selalu nak tanya…risau sangat!!
bile nak cari kat swasta (xkesahla bayar mahal macam mana pun…)..tapi takut vaksinnya tak sama..pasal da survey..swasta gune vaksin DTP tapi kalu gomen skang die gune Dtap…swasta kate sama…tap kami tak konfiden..aduh..tolongla sape2 respon
[Reply]
Terlewat bc entri ni tapi kisahnya sungguh menyayat hati. Nk buat mcm mn, kita asyik disogokkan ngn cerita karut marut, hiburan, Rancangan realiti, etc… Sampai tk sedar realiti yg sebenarnya.
[Reply]