salwa on February 03 2010 11:16 am 10

Ikan Lumba-Lumba dan Singa Laut di Sunway Pyramid

Thanks for visiting my humble blog. Before leaving, please drop a comment or two so that we can be friends ('borrowing' my lyna-sama's phrase in her blog.Hope she (and you too) don't mind :)

Minggu lepas (tak ingat dah hari apa) saya terlihat satu promo dalam Buletin Utama berkenaan pertunjukan Ikan Lumba-Lumba dan Singa Laut diadakan di Sunway Pyramid

Namun promo tu berlangsung sekejap sangat, tak sampai 3 minit so tak banyak info yang saya dapat kumpul berkenaan pertunjukan tu

Sebagai ibu, tentulah terdetik dalam hati kecil saya untuk membawa putera dan puteri kami menyaksikan pertunjukan itu.Kerana seumur hidup mereka (dan saya juga ye) belum pernah menonton atau melihat ikan Lumba-Lumba secara langsung. Jadi mungkin ini satu peluang untuk saya membawa mereka berhibur smbil belajar mengenai hidupan lain, makhluk ciptaan ALLAH yang maha agung.Tambahan lagi ikan Lumba-Lumba adalah spesies haiwan yang friendly dengan manusia, jadi saya sudah terbayang-bayang dalam mata dan fikiran sendiri betapa anak-anak saya bakal teruja dan seronok dengan pengalaman itu.

Jadi saya pun google di internet berkenaan pertunjukan ini.

Inilah sedikit maklumat yang dapat saya kumpul :

Harga tiket untuk persession(45 minit)

Ada 4 pakej disediakan :

  1. Pakej biasa
  2. Pakej untuk pemegang MyKad
  3. Pakej untuk shoppers
  4. Pakej keluarga

Gambar kredit buat blog cjgotavel.com

Waktu pertunjukan:

  1. Hari berkerja (3 sesi) : 3.30 petang,6.30 petang dan 9.30 malam
  2. Hujung Minggu (4 sesi) : sama seperti di atas, kecuali ada tambahan 11.30 pagi waktu untuk sesi pertama

Gambar kredit buat blog cjgotavel.com

Cadangan saya, jika ada sesiapa yang berminat untuk membawa keluarga ke pertunjukan ini, pilihlah sesi waktu malam atau petang yang mana cuaca lebih sejuk kerana sekarang ni biasanya memang panas terik yang menyengat kulit sekitar waktu tengahari hingga jam 5.Mungkin bala dari ALLAH kut untuk Malaysia ni tapi kita masih tak sedar lagi.

Buat pengetahuan pertunjukan akan berakhir pada 7 February ini (hari ahad, Birthday ayah saya).Kalau berkemampuan dari segi masa dan wang, jangan lepaskan peluang ini ya.Dan kalau ada pembaca yang dah pun pergi ke pertunjukan ini, Jom share pengalaman anda dengan kami :)

IbuKauthar : Lepas melihat kepada harga tiket untuk pertunjukan 45 minit tu, saya berfikir dua kali juga. Namun bila fikirkan ini adalah julung kali pertunjukan sedemikian diadakan di Malaysia, saya rasakan agak berbaloi kalau bawa anak-anak ke sana.

Filed under Family

10 Responses to “Ikan Lumba-Lumba dan Singa Laut di Sunway Pyramid”

  1. nOj says:

    bestnye lahai tgk ikan ni. comel2 je. tp harga tiket mmg mahal tu
    .-= nOj´s last blog ..1ST CHEQUE FROM NUFFNANG ALREADY ON ITS WAY TO MY POSTBOX – ok this one really makes my day =-.

    [Reply]

  2. Fid says:

    tukar theme
    ohh ohh

    i tadi tak jumpa nk komen tang mana haha
    .-= Fid´s last blog ..masak-masak hari kerja =-.

    [Reply]

  3. UstazCahaya says:

    Salam Ziarah, Puan Salwa.

    Menarik theme ni.. Nampak ’sejuk’ dan kemas.
    .-= UstazCahaya´s last blog ..Pakej Bisnes T-Shirt (Sponsered Post) =-.

    [Reply]

  4. Fid says:

    cik wa u nak pi ke??
    hakhakhak
    .-= Fid´s last blog ..masak-masak hari kerja =-.

    [Reply]

  5. salwa says:

    noj : best mmg best, teringin pu ye, almaklum seumur hidup tgk dolfin dalam tv jaaa
    tapi harganya tak berbaloi pulak untuk 45 minit
    pada pandangan saya la
    hehe

    [Reply]

  6. salwa says:

    kak fid : itak tukar theme , tukar kaler je.tgh tunggu header dari jiji, nanti dah siap baru tukar theme
    hehehe

    [Reply]

  7. salwa says:

    salam ustaz : theme ni sebenarnya theme free untuk wordpress vlog tapi 100% customizable macam thesis diytheme yg mahal tu
    saya masih dalam fasa belajar meng customize theme ini

    anyway tq for the visit and the commet

    [Reply]

  8. salwa says:

    kak fid : tak pegi, dari saya bayar rm120 untuk tengok ikan, baik saya bayar rm120 untuk makan ikan…hehehe

    [Reply]

  9. UstazCahaya says:

    Puan Salwa. Maaf ya, saya ada cadangan sikit. Cari-cari email tak jumpa, jadi terpaksa guna ruangan komen ni.. Kalau nak delete pun tak apa ya..

    Ok, pertama. Page wajib ada di blog wordpress salah satunya ialah contact form. Paling direkomen, WP-Contact Form.

    Kedua, permalink. Sekarang puan guna permalink default. Contoh entry ni, URL dia->> http://ibukauthar.com/blog/?p=1331. URL macam ni, tak mesra SEO. Dicadang tukar ke http://ibukauthar.com/blog/POSTNAME. Boleh rujuk blog pro, tengok URL mereka.. Jika ada masalah, boleh contact saya ya..

    Itu saja ya, sekadar sedikit perkongsian. Sebab ni self hosted blog, kita kena bayar hosting and domain kan. Lagi pun, blogspot, sebab dia dimiliki oleh Google, dia lebih cepat di indeks dan lebih mesra SEO. Self hosted blog ni, kita kena usaha lebih sikit. Sebab tu untuk blog peribadi saya guna blogspot.

    Sekali lagi saya minta maaf ya.
    .-= UstazCahaya´s last blog ..Pakej Bisnes T-Shirt (Sponsered Post) =-.

    [Reply]

  10. salwa says:

    salam ustaz
    shukran jazilan
    saya sudah publish page untuk contact
    tapi belum ;letak form
    satgi saya akan upload ke cpanel

    sementara tu saya harap ustaz boleh ajar untuk tukar permalink tu
    dah beberapa kali saya cuba tapi tak jadi(error)
    rupanya kena tukar httaccess(yg saya takde ilmu mengenainya)

    saya sangat berterima kasih atas saranan ini.

    [Reply]

Leave a Reply

This site is protected by WP-CopyRightPro