IbuKauthar on 5
Hubungi Saya
Seorang anak sulung dari 4 beradik, seorang Isteri kepada seorang suami yang sungguh penyayang dan penyabar, seorang ibu kepada sepasang cahaya mata soleh dan solehah. Alhamdulillah lengkap sudah hidup ini sebagai seorang wanita. Kini meneruskan hidup menuju ke satu tarikh misteri, tarikh yang hanya ALLAH SWT mengetahui.
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, menghabiskan zaman remaja di Perak dan kembali ke Kuala Lumpur sejak berumur 18 sehingga hari ini. Sedang berkira-kira untuk migrate ke luar bandar, demi kebaikan anak-anak.
Dunia blogging saya bermula pada tahun 2007, ketika itu saya berblog di platform blogger.Sehingga pada pertengahan 2009 saya memutuskan untuk berpindah ke hosting sendiri.
Pada mulanya saya hanya menulis mengenai anak-anak dan mengenai kehidupan seharian. Semakin lama menulis blog, kecenderungan penulisan itu turut berkembang.
Hari ini tulisan saya adalah lebih cenderung kepada kupasan isu-isu global disamping terselit beberapa kisah kehidupan. Mengenai anak-anak, saya sangatlah tidak pandai hendak bercerita mengenai mereka, saya lebih suka membaca kisah anak-anak orang lain kerana pada saya setiap kanak-kanak membawa satu ciri unik istimewa yang tidak terdapat pada kanak-kanak lain. Saya sangat sukakan kanak-kanak, walaupun sudah memiliki anak sendiri,saya tetap suka dan ‘geram’ dengan anak-anak rakan-rakan saya yang lain.Malah saya sangat mudah berkomunikasi dengan kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.Jadi jangan terkejut jika anda berjumpa dengan saya, saya tidak banyak bercakap dengan anda sebaliknya lebih banyak berborak dengan bayi anda
Okay di sini saya sertakan beberapa channel untuk anda menghubungi saya, mungkin anda ingin sampaikan pandangan, teguran dan nasihat kepada saya. Saya boleh dihubungi melalui cara berikut :
My Email :: momluvyou@gmail.com
My Twitter :: http//www.twitter.com/super2A
My Yahoo ID :: freshcool_happy
Terima Kasih buat semua pengunung blog ini





Its me commenting for trial purpose
[Reply]
slm ibukauthar,
boleh ke berikan email sebab nak tanye pasal AGEL…
thanks
[Reply]
email sy di sini…thanks
[Reply]
salam salwa,
need your email.. nak tanya ttg AGEL.
Thanks
[Reply]
ibu kauthar..saya nak pasal AGEL ni
bapa harganya, risau sgt denagn keadaan skng ni
so diharap ibu khautar dapt bagi info secepat mungkin ye
tq
[Reply]